Thursday, October 9, 2014

Some Space.



Aku ada kawan dekat uni. Rapat. Kami selalu share macam macam lah. Dia baik. Ada selalu. Masa aku banyak habis dengan dia ja. Haha ye lah, kawan kan? Kat mana ada aku, kat situ ada dia. Sayang? Mesti lah sayang kawan weh. Dah macam adik beradik dah aku anggap. Rapat sangat. Taktau lah nak describe macam mana lagi. Selalu keluar sekali. Kami semua lima orang. Tapi sebab sya selalu dengan nab and zam selalu dengan geng roomate dia so aku selalu dengan ayen. So aku rapat dengan ayen.

Kalau keluar sekali mesti berebut kamera nab sebab nak selfie haha! Comel tau perangai masing - masing. Even dulu kami pernah salah faham dengan zam tapi sekarang dah okay! Ah rindu.

Kadang - kadang tengah lepak dengan ayen, lepastu bila ada someone yang comel lalu aku suka cakap 'eh tu ah crush aku, hmm comel kan' Hahaha padahal aku tak kenal pun sapa budak tu, kadang nama dia pun aku taktau weh! Perangai aku memang macam ni haha. Kalau kawan kawan sekolah aku nih, memang diorang dah kenal perangai aku satu ni. Sebab aku akan puji je. Minat belum tentu lagi. Main - main sangat.
Haha. Entah, aku suka puji orang.

Kawan dengan aku biar ikhlas. Tolong weh jangan mengharap apa - apa. Aku penat.

Aku tau. Aku ada perasan perasaan kawan aku sorang ni. Orang lain, pun aku perasan. Tapi aku buat je tak perasan. Haha. Sebab aku taknak benda jadi complicated. Aku taknak amik commitment. 

Weh kalau tuhan dah tentukan tu jodoh, jangan risau.

Tapi jangan lah push kawan kau macam ni. Weh aku pun need some space. Habis aku langsung takda hak?

Dah banyak aku hilang kawan sebab kawan aku catch their feelings. Aku tak kisah. People comes and go, well you know. Sapa yang stay nak kawan boleh stay, sapa yang taknak boleh lah angkat kaki and ikut haluan masing - masing.

Hm kalau boleh, aku nak lah kawan aku lima orang ni stay dengan aku. Tapi kalau korang tak sayang, and sebenarnya korang tak pernah kisah pun dengan kita punya friendship. Aku tak boleh halang. 

Aku ada sorang lagi kawan. Haha kawan? Paling sayang. Well actually kami baru contact balik this year i guess. Dulu rapat. Since aku form 3 lagi rasanya. Haha. Aku sayang. Sangat. Lepastu kami lost contact plus ada misunderstanding sikit. Sedih. Aku nak contact balik, tapi aku takut. Takut orang dah tak kenal haha. So aku pun dari jauh je lah. Doa. Alhamdulillah, sumpah aku pun tak sangka. Tuhan permudahkan semuanya. Kami contact balik haha after 3 years kami tak contact. 3 years kot aku rasa. Ya Allah, aku taktau kenapa banyak sangat dugaan dengan kawan aku sorang ni haha. Dah contact balik so kami pun decide nak jumpa lah. Buat masa ni baru 2 kali jumpa. Tangan aku shake! Haha. Aduhh typical opie. Whatsapp? Kadang - kadang ja. Cuti ja contact. Aku faham masing - masing busy. Aku pun busy. Aku tak kisah, asalkan trust each other.

Aku rasa kawan aku yang ni pun dah tau macam mana feeling aku. Kahkah! *blushing* and i guess benda ni dah lama since kita form 3 nak masuk form 4 lah kan. *tutup muka* 

Tapi aku langsung tak kisah pun dengan dia punya keputusan yang tak boleh move on tu. Eh itu hak awak. 
Hak saya nak tunggu ke apa ke saya punya hak lah haha.

Entah. Aku payah sikit nak jatuh (i mean catch feeling with others keh) Tapi kali ni lain. Haha aku tak pernah keluar dengan kawan (boys) tak pakai sneakers. Tapi haritu aku tak pakai! Aku pakai something else. *tutup muka* Hahahaha. Got me?

Point dia sebenarnya ; Aku ada perasaan jugak. Aku ada apa yang aku nak jugak. Aku tak boleh jaga perasaan semua orang dalam satu masa. Tolong hormat perasaan aku sama. Aku ada hak jugak. 

Yeah aku tau aku pun tak berhak langsung nak control yours feeling. Tapi feeling aku? Aku baru nak happy weh. Korang mana? Korang tinggal aku. Aku ingat ada lah kawan yang akan support aku. Support bagi aku tak give up even dah banyak benda jadi. Tapi korang lagi jauh. Siap delete lagi gambar kita. Aku perasan semua. Okay aku tau aku pun takda hak nak sembang pasal delete gambar semua tu. Tapi bagi lah ruang untuk aku sama. Weh!

Mana kawan yang selalu ada tu?

Weh kita bukan kawan ke? Atau aku je yang over selama ni anggap kawan. Ayen?

p/s ; (pika pikahchuu, well i hope were not being like this. You're the one my best friend ever, pikah.)



No comments:

Post a Comment

Leave a Comment Here.

#update status
im okay. chin up and stay strong sofya!
semua harta dalam blog ni, adalah milik Queen Sofya.