Monday, December 19, 2011

Holiday Episod Satu.


Assalamualaikum ♥ Harini nak story sikit pasal holiday haritu, ahha. Awesome ja aku boleh bagi superb tak boleh. Hahaha. Okayy jangan buang masa, sebab banyak masa aku nak isi dengan masa lapang. Haha, okay aku merapuu -.-

12/12/11 Monday.
Naik flight pukul 8.30 pagi then sampai pukul 2.30 petang. Lama gilo dalam flight sampai taktau nak buat apa. Tido makan tido makan. Haha, okay dah sampai kat airport Tianjin, Ceyy keluar airport kononnya kat luar tuu macam malaysia laa panas, keluar2 berangin plus sejukk. Okay patah balik bukak beg galas aku amik jaket then pakai. HAHA, Suhu time tuu 6 ja. 6 darjah celcius. Haha, tak sejuk tipu laaa. Sejuk sampai ke tulang. Time tuu memang jakun gilaa aaa cakap keluar asap, Haha. Awesome.

13/12/11 Tuesday.
Keluar sarapan pukul 7.30 pagi. Okay with big eyes tengok semua benda sayur. No no no, sy alergic dengan sayur. Mom, sayur tk baik utk kesihatan. Haha. Papa ckp kalau boleh tahan lapar tak payah makan. Adehhh, satu panahan aku terpaksa makan jugak. Aumm, tak nyummy langsung ! Haha. Tapi nasib baik laa ada jagung, penyelamat laa time tuu aku makan jagung ja. Air perahan buah oren, okay gilaa manis -.-' Cerewet betul budak nie 

Then pegi melawat Forbidden City, tempat tuu macam istana raja zaman dulu dulu laa, tapi tempat tuu serius besar gilaa. Jalan sehari pun tak habis, maybe dua tiga hari baru habis kot. Kami jalan dua jam ja kat situ, tuu pun tak habis suku ja yg kami tengok. Sebab terlalu besar.

Then pegi naik beca kat mana ntah laa, Haha. Tapi beca ni unik sikit sebab bila kita naik, dia bagi selimut suruh selimut kaki kita. Haha, kalau tak selimut kaki aku memang dah jadi aiskrim laaa, sejuk. Time ni suhu 3 darjah celcius. Eh mana sejuk pun kalau hg pakai jaket tebal2. Haha. Aku pakai baju 5 lapis pun terasa sejuk -.-'

Otw ke Beijing zoo pulak, kat sana ada beruang panda. Aum aumm, comel je. Tapi sayang tak boleh sentuh. Dia ada dalam sangkar dia. Haha. Tapi serius comel. Malam tuu kami pegi tengok teater pulak. Dia macam persembahan magic laa. Haha, tapi best laa jugak. Ada jugak laa babak yg buat aku mengantuk maybe penat sangat siang tadi. Haha.

14/12/2011 Wednesday.
Harini sarapan jagung takdak T.T Sayur laa jawapan dia. Isk Isk T.T
Harini pegi tengok jadeite and four famous jade in china. Okay, kat sini macam kilang jade laa, lebih kurang macam tu laa. Banyakk jadeite dengan jade kat sini. Kat situ dia tunjuk laa macam mana nak bezakan jade palsu dengan jade original. Now, aku dah tau macam mana nak bezakan. Ahha. Aku dapat satu jade kat sini, err. bukan free kena bayaq laa. Haha.


Lepas usha jadeite dengan jade tuu, kami pegi tempat lain pulak. Okay tempat ni laa yang paling aku tunggu2. Antara 7 benda ajaib di dunia kan, Tembok Besar China. Akhirnyaa. Haha, aku dapat jugak berdiri kat situ. Okay, tembok tuu memang besar macam nama dia lahh. Anak tangga dia ? Tak payah kira laa. Banyakkkkk ! Aku pun naik suku ja, penat ! Banyak sangat, lagipun time tuu kan musim sejuk so, makin tinggi makin berangin laa. Tapi, tempat tuu lawa laa jugak. Kagumm aa jugak macam mana depa bina zaman dulu dulu kan ? 


Habis panjat anak tangga kat Tembok Besar China, perut mesti lapar kan ? Ahha, kami pun otw pegi makan. Lapaq punya pasai aku tambah 3 kali -.-' Haha. Tiba2 sayur dah jadi rapat dengan aku time tuu. Haha. Ikan kat situ suma banyak tulang. Tulang bukan besar2, tulang kecik2 pulak tuu. Dah laa spek pun tak bawak, so aku tak makan ikan sangat. 


Kami otw pegi Stadium Sarang Burung pulak. Haha, nama dia lawak kan ? Tapi ni nama dalam bahasa Malaysia. Dalam china taktau laa. Tapi kan, bentuk stadium ni memang macam sarang burung pun. Kat situu sejuk sampai rasa macam nak kering ja. Suhu kat situ time tuu -11 darjah celcius. Tak sejuk ? TIPU !


Malam tuu kami tengok teater lagi, ni teater shaolin kungfu. Tajuk panjang dia aku tak ingat sangat. Tapi teater ni aku suka sangat ! SUPERB AWESOME laaa, budak budak shaolin dia pun handsome2.HAHA.



15/12/2011 Thursday
Yeahh,  dah masuk hari ke-4 aku kat Beijing,China. Pengalaman semakin banyak dikumpul. Haha. Hari ke-4 ni, macam biasa lahh bangun, sarapan nasi dengan sayur -.-' Haha. Then kami semua pegi Pearl Center. Kat situ jual pearl saja. Time tuu, orang kat situ cita laa macam mana pearl ni boleh terbentuk. Dari tiram, bla bla bla. Haha. K, aku tak berminat. 


Lepastuu, kami pegi Summer Palace pulak, okay ni awesome. Tasik beku jadi ais. Haha, sini sejuk terukk. Berapa suhu aku tktau lahh. Jalan jalan kat situ. Best laa jugak, then balik tuu kami singgah Kedai Tea. Kedai ni bukan macam kedai biasa, kedai ni besar jugak dengan unik ukiran kat kedai ni buat aku suka. Haha -.-' 


Makan malam, then balik hotel. Malam tuu kami saja jalan2 kat kawasan tuu, jumpa satu shopping mall, masuk je lahh. Haha. Okay, sini aku ada satu benda tak boleh nak lupa, funny memory. Haha. Time tuu en, mama nk beli kasut kulit. Mcm biasalah, negara china mesti lah pekerja dia pun org china tkkan india kot.


Mama tanya aa kat promoter tuu kulit kasut ni buat dari kulit apa ? K, mama speaking dgn promoter tuu. Promoter tuu tk faham, then panggil kwn dia 2 org, 2 org tuu pun tk faham, panggil lagi 3 org kwn depa, pun tk fhm jugak, panggil lagi promoter yg lain, sorang promoter ni pi amik dictionary bt rujukan. Haha, k lawak gila time tuu, last2 manager dia datang tny, "can I help you ?" Hahaha. Last2, jumpa jugak org yg faham English. Org kat situ tak berapa fasih english so mari lah kita belajar bahasa cina supaya kita boleh speaking cina dgn depa. Hahaha.


Lebih dari 10 org dtg time tuu, demi 1 kasut yg mama nak beli ja. Haha.
Hm. Ni baru episod satu, ada lagi satu episod. Haha, panjang sangat story aku kali ni, NO SKIP. Act, story aku suma panjang2 cuma aku ja selalu skip. Haha. Tapi yg ni aku tkmau skip sebab holiday yg dulu2 suma aku skip last2 aku tak ingat pun tempat2 yg aku pi. 
Sayang ja T.T


NotaTangan : Tunggu episod kedua pulak ^^

No comments:

Post a Comment

Leave a Comment Here.

#update status
im okay. chin up and stay strong sofya!
semua harta dalam blog ni, adalah milik Queen Sofya.