Wednesday, December 21, 2011

Holiday Episod Dua.

Click here for more inspiring photos!

Hi, K ni episod kedua pulak. HAHA, tamak gila aku nak ada episod bagai. Eh, why aku kena peduli pulak ni kan blog aku. So, suka hati 'queen' lerr ;D Jum sambung story. Ahha.


16/12/2011 Friday
Lai lai, pegi Dellman pulak kali ni. Tau Dellman ni apa ? Tempat jual pisau. K, aku tktau apa motif datang situ. Malaysia pun banyak pisau apa -.-' 


Lepas pegi Dellman tuu, kami pegi Silk Center pulak. Kat situ dia tunjuk ulat sutera yg buat sutera. Haha, ulat tuu tak comel, tapi sutera tuu yg awesome. Haha. Kain sutera tuu, tak payah kata apa laa memang lembut selembutnyaa. Kat sini aku beli souvenir kat coloured, mama sibuk dok usha kain dia nak beli. Aku tak beli pun kain, mahal. Boleh bankrap aku kat situ kalau beli kain sutera time tuu. Dah laa duit pun bawak cukup2 -.- Kat Silk Center ni laa aku jumpa ramai orang Malaysia. Tapi aku tak tegur pun laa. Malu. Haha.


Lepastu kami pegi makan kat Restoran Siam. Fuhh, dekat 6 hari sayur, akhirnyaa aku jumpa tomyam ! Haha. Rasa legaa sangat. Tomyam dia warna cair tapi pedas kalah cili padi uhh. Tapi sedap ;D


Habis semua tuu, kami pun bertolak ke Chengde. Amik masa 5 jam dari Beijing nak sampai Chengde. Chengde ni macam Cameron Highland laa tanah tinggi. K, hotel kat Chengde lawa, aku suka. Tapi sayang semalam ja kami kat situ, lepastuu balik Beijing balik.

Takda gambar lah tarikh ni. Aku taktau duduk kat lappy sapa. Malas nak cari. Hehe.

17/12/2011 Saturday
Hi Chengde ! Kat Chengde ni kami melawat Summer Palace yg dinasti lain pulak. Nama ja "Summer" tapi sejuk kalah peti sejuk. Kat situ en, suhu negative berapa aku tk ingat laa. Tapi, sejuk sampai keluar air mata uh, mata aku berair ja time tuu. Hidung pulak merah menyalaa laa. Tuu sebab banyak gambar aku tutup hidung sebab aku tkmau hidung aku keras. Haha, Ohyeah. Air mata aku jadi ais tau ! Tak percaya ? Try aa pegi Chengde time musim sejuk. 


Kat situ ada salji sikit sikit. Orang yg bawak kami melawat tuu ckp, salji dah turun minggu lepas sebelum kami datang. Sikit ja turun. Teringin nak main snow, tapi apakan daya, tkdak rezeki snow nak turun T.T
Tasik en beku kat situ, ramai orang main skatting kat situ, nak try tapi tkdak kasut skatting T.T 


Lepas habis melawat Summer Palace, pegi makan then balik Beijing balik. Haha, sengal ja -.-' 


18/12/2011 Sunday
Wuuuu dah nak balik T.T K, aku rindu Malaysia tapi aku nak sejuk kat China boleh bawak balik Malaysia. Tapi tak boleh -.-'


Sebelum pegi airport, kami singgah Tradisional Cottage Streets kat Tianjin dulu. Tempat ni best sebab permandangan dia macam ala ala pekan cina centuu laa. Barang pun agak aa murah. Then singgah pulak Tradisional Food Streets, kat situ ada macam2 aa makanan. Tapi mama beli sweets saja. Inn pulak beli gula2 kapas yg besar -.-' Haha. Awesome.


Tengah hari tuu makan steamboat, sup dia serius tawar. Time papa suruh tambah sup, baru aku perasan dia tambah guna air dalam cerek saja. Patut laa tawar -,.- Cehhhh. Mama buat lagi sedap. Haha


Habis makan, terus pi airport. K, byebye Beijing, Chengde, Tianjin. Wuwuwu T.T sedih, awesomee aa kat sana. Naik flight pukul 3.50 sampai pukul 10.50 malam. Mula2 kat dlm flight tuu, ada sorang aunty india ni duduk sebelah k.ann, then dia tukar tempat pulak duduk tempat lain so aku dgn k.ann dapat 3 seat. Haha, dah laa lambat lagi nak sampai, boleh laa kami duduk buas2 sikit. Haha -.-'

Done ! Akhirnyaaa. Berjaya jugak habiskan dua episod holiday aku. Haha, K tunggu episod akan datang aku balik penang then Hi Pesta ;D Hahaha. 
Holiday ni awesome, best best jugak. Tapi SPM tahun depan jangan lupa ye cik sofya, mama mesti nak tebus balik. Auch. Tetiba takut nak amik exam next year O.o K byeee ;)


NotaTangan : Banyak lagi entry yang baru akan datang. Wait yaa :D


No comments:

Post a Comment

Leave a Comment Here.

#update status
im okay. chin up and stay strong sofya!
semua harta dalam blog ni, adalah milik Queen Sofya.